Al-Fatihah Doa/surat/ayat serba guna yang Ampuh dan hebat bi idznillah
Al-Fatihah Doa/surat/ayat serba guna yang Ampuh dan hebat bi idznillah
Al-Fatihah adalah Pembuka Al-Kitab yang diturunkan dari Perbendaharaan di bawah Arays dan ia merupakan ‘doa’ yang paling mustajab. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seutama-utama Al-Quran adalah ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin.’ (Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi)
Jika diwiridkan dengan khusyuk dan tawaduk, fadhilatnya adalah seperti khatam Al-Quran. Rasulullah SAW bersabda: “Membaca sekali Al-Fatihah, pahalanya seperti membaca sepertiga Al-Quran.” .
Rasulullah SAW juga bersabda: “Surah Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkan dalam bacaannya.” Dan “Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.” Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi di dalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu’: “ Sesiapa yang mempunyai maksud, sebaiknya ia membaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali selepas solat Ba’diyah Maghrib, kemudian sampaikanlah permohonan hajatnya itu kepada Allah SWT.”

FADILAT DAN KHASIAT
Surah Al-Fatihah adalah ibu segala doa dan penawar seluruh permasalahan . Di antara fadhilat dan …